Kemudahan Pembelajaran Pelajar di NADI Presint 18

19 April 2024 | Aktiviti Terkini

18 April 2024, Khamis – Salah satu objektif penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional, NADI adalah untuk memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial dengan melahirkan usahawan digital serta membantu komuniti sekitar. Selain itu, NADI bukan sahaja untuk membantu usahawan tetapi juga berfungsi untuk memberi perkhidmatan kepada para pelajar khususnya pelajar SPM dan STPM dengan menyediakan latihan ICT, kemudahan akses internet berkelajuan tinggi, pencetakan, dan tempat yang kondusif untuk mengulangkaji pelajaran.

Pelajar dan komuniti sekitar dialu-alukan untuk hadir menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI. NADI akan terus berkhidmat kepada komuniti dengan memberi kemudahan dan lokasi yang kondusif untuk pengguna NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas